Wednesday, October 27, 2010

MAT REMPIT DAH MELAMPAU


I'm docking a deep breath when reading newspapers, emblazoned on the front advance article Mat Rempit story that never runs out.

Aku tengok perangai Mat Rempit ni dah makin melampau, lepas tu dah makin ramai yang terlibat. Sedihnya, yang banyak terlibat budak-budak bawah umo pulak tu dan masih bersekolah lagi. Cuba bayangkan, dalam satu operasi, Polis Trafik Bukit Aman dah tangkap seramai 235 mat rempit bawah umo.

Dorg ni merempit waktu tengah malam. Yang heran tu, mak ayah dorg tak tau ke anak-anak yang masih sekolah melepak kemana malam-malam buta. Takkanlah anak-anak masih sekolah mak ayah tak pernah ambil peduli langsung. Nak balik rumah ke, nak melepak ke, nak merempit ke. Macam dah teruk sangat kehidupan masyarakat sekarang ni.

Kalau dorg baca lagi pasal Mat Rempit ni pulak, bebudak rempit ni dah bukan setakat merempit je, dorg dah berani pukul, belasah malah bunuh orang kalau dorg kena tegur Contohnya kt Kuantan, seorang mekanik dipukul sampai mati oleh Mat Rempit. Cuba pk tak melampau ke tu. Dorg ni pun samseng semacam, polis buat road block pun dorg pi langgaq. Sekali pandang memang dorg ni jenis berani, tapi berani tak bertempat.

Mat Rempit yang mampuih kat jalanraya pun ramai jugak. Ada yang mampuih bawah lori, bas, kereta, tapi dorg ni memang jenis tak serik agaknya. Dorg terus jugak merempit, langsung tak de rasa insaf dan takut. Takkanlah bila nyawa dah terbang dari badan baru nak berenti merempit. Ak pun kadang-kadang naik penin pk perangai Mat-mat rempit ni.

Apapun pada ak, kita tak boleh nak serah bulat-bulat pada pihak berkuasa untuk benteras Mat Rempit ni. Tanggungjawab menyelesaikan masalah ni merupakan tanggungjawab semua pihak. Kita kena mulakan jaga tepi kain orang lain, bukan nak ambil tahu masalah orang, tapi kita kena sama-sama jaga anak kita dan jaga anak-anak jiran kita. Ak yakin, kalau sikap itu ada pada kita semua, apa saja masalah sosial masa kini kita dapat tangani bersama.

No comments:

Post a Comment